Kepala Kotak

My photo
nme btul: Muhammad Hidayat.. nme tipu: HeadBuG.. Umur: 16 tahun.. Hometown: Kuala Lumpur.. Fav: HUJAN, MUSE, ALTIMET, PARKOUR, SUPERNATURAL..

Get Spooked..!! : Footsteps

Mamat dan Shuib dalam perjalanan pulang ke rumah bujang mereka selepas selesai bekerja di gerai burger milik mak cik kepada atuk Rahim. 12 tengah malam yang gelap gelita. Angin dingin merayap ke seluruh badan Mamat da Shuib. Dalam keadaan yang seram sejuk, Mamat terdengar bunyi tapak kaki sayup-sayup kedengaran di telinganya. Lalu Mamat toleh kebelakang untuk kepastian sama ada bunyi tapak kaki itu sekadar imaginasi atau realiti. Kemudian dia bertanya kepada Shuib tentang bunyi tapak kaki itu. Maka, tercetuslah perbualan di antara meraka. 

"Ib, kau dengar tak bunyi tadi tu?" tanya Mamat untuk mendapatkan kepastian tentang bunyi tapak kaki itu. 
"Bunyi apa pulak?! Aku tak dengar apa-apa pun," terang Shuib kepada Mamat. 
"Bunyi tapak kaki la, barua!! ko tak dengar ke? punya la ketara bunyi tu. Seram doh," ujar Mamat kepada Shuib sambil memarahi Shuib. 


Bunyi tapak kaki itu semakin berleluasa di gegendang telinga Mamat. Ketakutan Mamat melebihi had manusia biasa. Jantung berdegup kencang bagaikan jantung pisang. Sedangkan jantung pisang tidak berdegup langsung. Itulah diri Mamat. 


"Barua la kau nih. Bunyi tuh keluar lagi. Kau tak dengar ke?" Mamat masih lagi merintih tentang bunyi itu.
"Kau la barua..!! Cuba kau check telefon bimbit mahal ko yang berjenama HandPhone tu!" perintah Shuib kepada Mamat supaya telefon bimbitnya diperiksa. 
"Eh, mesej masuk la. Tak perasan lak aku." ujar Mamat kepada diri sendiri.
"Bunyi tapak kaki yang ko bisingkan tadi tu, bunyi mesej ko la, celaka!! Itu la aku suruh setting bunyi kentut berlagu tak nak. Nak juga bunyi tapak kaki. Kan dah dapat bahana." Shuib tengking Mamat kerana kebebalan yang terlampau yang melebihi tahap kebebalan manusia biasa.

Tak ku sangka, tak ku duga. Rupa-rupanya bunyi tapak kaki yang digembar-gemburkan oleh Mamat tadi adalah bunyi yang berpunca daripada telefon bimbit sendiri sehinggakan penulis sendiri terpedaya. Pada keesokan harinya, Mamat telah dijumpai di dalam sebuah beg sekolah rendah dalam keadaan tidak bernyawa. Puncanya masih tidak diketahui oleh pihak polis dan juga pihak PIBG.