Kepala Kotak

My photo
nme btul: Muhammad Hidayat.. nme tipu: HeadBuG.. Umur: 16 tahun.. Hometown: Kuala Lumpur.. Fav: HUJAN, MUSE, ALTIMET, PARKOUR, SUPERNATURAL..

Dissapontment In Love

Hari yang dingin ditambah perisa bersama rasa syahdu membelenggu diri Hidayat. Mengenangkan diri yang selalu malang dalam percintaan. Pelbagai soalan meronta-ronta di dalam kotak fikirannya. "Mengapa aku tidak boleh bersama dia? Sedangkan aku dan dia sama sahaja. Tiada apa-apa perbezaan. Hanya amalan yang didukung yang membezakan kita, " rungut Hidayat di dalam hatinya.

Selama 1 tahun Hidayat tunggu Liyana membuka jalan ke hatinya tetapi sering dipenuhi dengan 'road block'. Apa dia memang menghalang Hidayat daripada mengisi kekosong hatinya? Kali ini Hidayat membuka langkah dengan serius. Dengan mendukung harapan setinggi gunung, Hidayat mencapai telefon bimbitnya lalu menghantar mesej kepada Liyana.

"Liyana, sudikah kau menjadi temaku?" lamar Hidayat kepada Liyana dengan penuh harapan.
"Maafkan aku, Hidayat. Aku tidak boleh menerima kau," terang Liyana kepada Hidayat dengan rasabersalah.
"Menagapa?" soal Hidayat kehairanan.
"Kerana aku bukan untuk kau. Aku sudah serik bercinta. Tunggulah kita sama-sama ke menara gading. Insya-Allah jika ada jodoh kita bersama," ujar Liyana.
 "Mengapa tidak sekarang?" pinta Hidayat lagi.
"Sekarang tidak boleh. Aku baru sedar sesuatu. Cinta aku pada Tuhan tak kukuh lagi, Hidayat. Apatah lagi pada manusia," kata Liyana dengan penuh perasaan syahdu.
"Aku tidak boleh berbuat apa-apa lagi jika kau berkata demikian. Jika begitu, bolehkah kita menjadi kawan baik selamaya?" tanya Hidayat lagi kepada Liyana.
"Boleh!" jawap Liyana dengan yakin.

Sejak daripada itu, Hidayat terus menerus menghubungi Liyana. Tujuan Hidayat melakukan sedemikian rupa adalah untuk melupakan perasaan cinta pada Liyana. Hidayat sering mengatakan "aku tak layak bercinta dengan sesiapa" kepada diri sendiri.

Sejak itu juga, dia tidak lagi menghiraukan perkataan 'cinta'. Dia menghapuskan perkataan 'cinta' daripada kamus hidupnya kerana dia tahu dia akan kecewa jika dia terus mengharap sebegitu.