Kepala Kotak

My photo
nme btul: Muhammad Hidayat.. nme tipu: HeadBuG.. Umur: 16 tahun.. Hometown: Kuala Lumpur.. Fav: HUJAN, MUSE, ALTIMET, PARKOUR, SUPERNATURAL..

Get Spooked..!! : Lizard

Bunyi loceng bingit kedengaran menandakan waktu rahat telah tamat. Para pelajar SMK Sri pantai berdesup masuk kelas bagaikan lipas kudung. Bunyi bising semakin kedengaran di dalam kelas 4 Suci. Masing-masing melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai pelajar iaitu membuat haru biru di dalam kelas. 

Fateha kembali duduk di tempat dia mana dia layak iaitu di tempat duduknya. Dengan selamba, Fateha mencapai buku teks di dalam lacinya yang 'kemas' itu. Kononnya, Fateha sedang menelaah buku teks tersebut. Tetapi, ternyata salah. Tujuan sebenarnya ialah menconteng buku tersebut. 

Kisah ini semakin hampir ke klimaksnya. Kelas masih lagi dalam keadaan haru biru seperti biasa. Dengan hati yang penuh dengan niat suci lagi 'bersih', tangan Fateha mula merayap da meraba-raba ke dalam beg sekolahnya lalu dicapai olehnya bekas pensil. Masih lagi dengan niat sucinya dan tanpa teragak-agak. Fateha menarik zip bekas pesilnya untuk mengambil pen tetapi sesuatu telah mengejutkan Fateha. Semua penghuni 4 Suci mengalih pandangan kepada Fateha.

"Aaarrrgghhh..!!!!" jerit Fateha dengan rasa penuh geli dan geli. 
"Apasal nih Teha?" tanya Afidatul kehairanan.
"Cicaaaakkkk..!! Geli doh.." gelinya Fateha rasa.
"Cicak?" Afidatul masih lagi kehairanan.
"Siapa yang letak cicak dalam pensil case aku?!!!" kemarahan di dalam diri Fateha membelenggu dirinya. 

Tanpa usul periksa, Fateha menuding jari kepada Amin, Ilham, Hanif dan Fazreen. 

"Aku tau korang yang dajal aku kan?! Baik korang ngaku!! Babi tul la," Fateha memaki kepada Amin, Ilham, Hanif dan Fazreen.

Akhirnya, kes ini tidak diselesaikan dengan aman, damai dan saksama. Kes ini masih lagi misteri dalam kalangan guru-guru kerana kes ini tidak dilaporkan. Sejak daripada itu, Fateha fobia terhadap cicak walaupun cicak imaginasi.